SECEBIS HATI
apabila kucing bercakap tanpa hati dan emosi.
Thursday, January 20, 2011
Wednesday, December 8, 2010
secebis hati newsletter disini, yaaahh!!
pada tahun 1999 satu idea telah untuk menulis secara makalah ringkas telah wujud pada sekumpulan anak-anak muda di suatu tempat yang kecil, dan pada hujung tahun yang sama, satu makalah ringkas mengenai isu-isu politikal dan semasa telah diwujudkan di bawah nama NEWS 69.
tidak bersifat porno atau kamasutra seperti namanya, isu-isu pada waktu itu lebih kepada kegagalan sistem dan ulasan-ulasan mengenai band dan zine amnya. yang mana sejujurnya hanya tertumpu pada golongan sub-culture.
pada tahun 2001 makalah ini ditukarkan nama kepada Secebis Hati Newsletter. dengar-dengar cerita editornya waktu itu tengah parah derita cinta. jadi terpengaruh dengan zine The Day Of Broken Promises yang emo, editor itu memasukkan elemen seperti (cinta-putus cinta-derita-kena tinggal-curang-awek ramai tapi setia) dan memacam lagi. walaupun begitu, makalah itu tidak berubah menjadi seperti URTV atau majalah Mangga, isu-isu berat dan padat pada waktu itu seperti Dasar Ekonomi Baru, falsafah political correctness, dan sebagainya tetap menjadi rangka makalah tersebut.
setelah beberapa isu diterbitkan, makalah ini terkubur begitu sahaja. oleh kerana editor itu terlalu malas dan seperti sudah puas hidup di dunia ini, impian untuk melihat makalah ini terbit semula bagaikan menunggu ayam mencium punggung.
kini hampir sepuluh tahun usia Secebis Hati Newsletter. hidup segan mati tak mau. sejajar dengan teknologi maklumat yang kini sangat mudah didapati, editor itu mendapati sewajarnya teknologi ini digunakan sebaiknya dgn mengaplikasikan makalah ini sebagai media elektronik dan bukan sekadar buka internet tengok porno semata-mata.
masih mengekalkan isu-isu berat. blog ini juga memuatkan ulasan-ulasan bukan sekadar musik, tetapi buku, tempat, teknologi baru serta tak lupa ulasan-ulasan mengenai awek-awek cun. baru la emo.
oklah. broadband pun lembab. mandi pun tak lagi. doakan semoga editor ini tidak lagi malas dan tidak lagi kecewa dalam pcintaan. kalau tak haram satu perkara pun tak jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


